Scam FaucetHaus, kepunyaan Azhar Hamzah menipu jutaan ringgit duit mangsa

admin

 1,326,532 

 

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan Macau Scam, yang sedang diburu dengan aktif oleh PDRM.

Rupa-rupanya, terdapat lebih banyak organisasi lain yang didalangi orang tempatan sendiri yang menjadikan scam sebagai usaha mengumpul kekayaan.

 


Antara organisasi tersebut adalah FaucetHaus yang dibawah kepunyaan seorang individu anak tempatan bernama Azhar bin Hamzah.

Ini adalah website syarikat scam FaucetHaus https://faucethaus.club/

Ini adalah FB owner FaucetHaus https://www.facebook.com/azhar.hamzah

 


Kaedah scam yang digunakan syarikat FaucetHaus ini adalah menjanjikan keuntungan kepada pemain untuk melabur duit.

Mereka memperkenalkan ternakan online Ayam, Itik, Kambing dan Lembu

Ayam RM9.80
Itik RM18.00
Kambing RM40.00
Lembu RM155.00

 


Setiap haiwan ini mempunyai ‘lifespan’. Setiap hari, haiwan ini akan menghasilkan telur dan susu yang boleh ditukar kepada wang ringgit sehingga sampai ke tarikh lifespan haiwan tersebut.

Pada awalnya, syarikat ini membayar kepada pemain untuk setiap telur dan susu. Sejak bulan Julai, mereka mula tidak melakukan pembayaran dan CEO syarikat tersebut, Azhar Hamzah mula menghilang dan mendiamkan diri.

Segala pertanyaan pemain tidak dijawab.

Ini antara keluhan pemain yang telah melabur sehingga RM3000 seorang dalam syarikat ini.

 


 

Jika 2000 pemain melabur RM3000, maka syarikat ini membuat keuntungan sehingga RM 6juta.

Berdasarkan FB owner FaucetHaus, Azhar bin Hamzah, dia dilihat giat aktif bermain Forex. Apakah wang pemain digunakan untuk melabur dalam Forex? Tiada siapa yang tahu.

Ini adalah profile picture yang digunakan Azhar bin Hamzah di Facebook. Tiada siapa yang tahu ini merupakan muka sebenar beliau ataupun tidak.

Sehingga sekarang, website FaucetHaus masih aktif dan orang ramai masih boleh melakukan pembelian haiwan ternakan tersebut.

Jadi, penulis ingin mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terlibat dengan scam seperti ini.

Untuk rakan-rakan yang telah kerugian beribu ringgit dari FaucetHaus ini, anda boleh membuat laporan polis PDRM atau kepada SuruhanJaya Syarikat Malaysia (SSM) https://www.mcmc.gov.my/ms/faqs/online-content-problems/what-are-the-steps-required-for-me-to-lodge-compla

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media