Shafie Apdal jauh lebih hebat dari Muhyiddin, kata Tun M

admin

 246,625 

 

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad, pada Sabtu (27 Jun) berkata beliau menyokong penuh cadangan Parti Amanah, Parti Warisan dan DAP agar Mohd Shafie Apdal dipilih sebagai calon untuk jawatan Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

 

Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, berkata keputusan memilih Mohd Shafie – yang juga Ketua Menteri Sabah itu – dicapai sebulat suara dalam satu pertemuan dengan sekutunya (Amanah, Warisan dan DAP) di Rumah Tetamu Sabah di Kuala Lumpur pada Khamis (25 Jun).


 

Menurut Dr Mahathir, dalam pertemuan itu, mereka juga bersetuju untuk mencadangkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1, dan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

 

“Di dalam perbincangan itu, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk saya tidak dicalon sebagai bakal Perdana Menteri.

 


Antara cadangan yang dikemukakan ialah pencalonan Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.

 

Kami sebulat suara bersetuju Mohd Shafie Apdal dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

 

“Saya menyokong penuh cadangan ini. Shafie Apdal bakal letakkan nama Malaysia di persada dunia dan jauh lebih hebat dan berkredibiliti tinggi dari Muhyiddin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 


Beliau berkata pertemuan dan perbincangan secara tidak formal itu turut dihadiri Mukhriz dan Mohd Shafie sendiri, serta Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.Dr Mahathir berkata beliau percaya sekiranya langkah itu berjaya, ia akan merapatkan lagi hubungan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

 

Ini di samping cadangan untuk menamakan Mohd Shafie sebagai calon baru Perdana Menteri jika pembangkang dapat menguasai kembali Putrajaya.

 


Mereka berkata Amanah dan DAP berpandangan ia sebagai suatu pilihan baru untuk merealisasikan usaha mengembalikan semula mandat rakyat yang telah diberikan kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

 

Bagaimanapun, cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat Amanah serta DAP terlebih dahulu dan seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama, kata kedua-dua pimimpin tersebut.

 


Sebelum in, Amanah dan DAP meminta supaya Dr Mahathir dan Anwar mencari jalan penyelesaian dan kata sepakat berhubung calon Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

 

Ia susulan kenyataan PKR, iaitu satu lagi komponen dalam PH, yang menyatakan pendirian teguh menolak Dr Mahathir sebagai pilihan pihak pembangkang untuk jawatan Perdana Menteri sekiranya mereka kembali diberi kuasa meneraju negara.

 


2 thoughts on “Shafie Apdal jauh lebih hebat dari Muhyiddin, kata Tun M

  1. Hello this is somewhat of off topic but I was wanting to know if blogs use WYSIWYG editors or if you have to manually code with HTML. I’m starting a blog soon but have no coding expertise so I wanted to get guidance from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media