Ekonomi Malaysia terbaik di rantau Asia Tenggara

admin

 5,791,994 

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan percaya dasar fiskal yang dilaksanakan susulan krisis akibat pandemik COVID-19 merupakan satu respons yang tepat.

 

S&P Global Ratings menaikkan penarafan ekonomi Malaysia kepada yang terbaik di Asia Tenggara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

 


Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah kerana negara kita merupakan antara negara yang berjaya membanteras wabak Covid-19 dengan efektif di rantau Asia Tenggara.

 

Kemerosotan ekonomi akibat Covid-19 yang dialami Malaysia adalah paling kecil dibandingkan dengan negara-negara lain juga kerana langkah drastik dan proaktif yang diambil pihak kerajaan.


 

Beliau berkata ia disebabkan langkah rangsangan dan pemulihan ekonomi yang dilakukan dengan segera untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi.

 

International Monetary Fund atau IMF juga mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang lebih pantas berbanding negara ASEAN lain iaitu Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam yang masing-masing diunjur berkembang kepada 8.2 peratus, 6.1 peratus, 7.6 peratus dan 7.0 peratus.


“Langkah ini disokong oleh laporan S&P yang optimis mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 7.5 peratus bagi 2021,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

 

Tengku Zafrul berkata inisiatif dan langkah menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN Tambahan (perusahaan kecil dan sederhana) serta Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) — keseluruhannya bernilai RM295 bilionbertujuan melindungi nyawa, menyokong perniagaan, menyelamatkan dan menjana pekerjaan serta merangsangkan ekonomi.

 


“Jumlah nilai RM295 bilion untuk keseluruhan pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN dan PENJANA dijangka menyumbang lebih 3.0 peratus kepada pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2020,” katanya.

 

Beliau berkata sebilangan besar langkah yang diperkenalkan menerusi pakej PRIHATIN dan PENJANA adalah bersifat ‘one-off’ atau sementara, dan tidak akan mempunyai impak kepada kedudukan kewangan kerajaan bagi jangka sederhana.

 


Tambahan pula, Malaysia mempunyai kecairan yang mencukupi di pasaran domestik bagi pembiayaan tambahan kerajaan, katanya.

 

“Kerajaan juga akan memfokus kepada disiplin fiskal untuk mempertahankan keutuhan sistem dan integriti ekonominya, dan juga memastikan Malaysia mampu untuk bangkit segera apabila keadaan ekonomi beransur pulih.


14 thoughts on “Ekonomi Malaysia terbaik di rantau Asia Tenggara

  1. Syukur alhamdulilah dalam kita kena musibah covid 19 allah hadirkan orang tepat memimpin kita semoga allah panjang usia dan pemerintah kabinet tsym kita

  2. Alhamdulillah,kita tidak lagi ketinggalan dari negara jiran.Maknanya dakwaan melayu tak pandai ekonomi adalah tidak benar,lebih baik dari menteri terdahulu,syabas!

  3. Tahniah kerajaan Malaysia, tetapi Kita jangan Lupa ekonomi dapat dijana kerana Kita Ada sumber kewangan YG kukuh. Sekiranya Kita Ada idea untuk mengembangkan ekonomi, tetapi Kita tidak Ada Dana langsung, tentu negara terpaksa berhempas pulas untuk mencari
    Sumber kewangan dahulu. Kita jangan lupakan siapakah YG dapat meningkatkan hasil Dana YG banyak sehingga didalam keadaan covid 19, Kita boleh mengguna Dana Kita Dan dengan mudah dan itu disalurkan kepada rakyat, kepada usahawan Dan Dana untuk covid 19. Jangan Kita lupakan DNSR menteri kewangan YG dapat mengumpulkan Dana YG banyak untuk negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media