Syed Saddiq tersenarai 15 pemimpin muda terbaik dunia

admin

 266,503 

 

Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul tersenarai antara 15 pemimpin muda seluruh dunia bagi anugerah One Young Politician World 2020 anjuran organisasi global, One Young World.

 

One Young World, organisasi berpangkalan di United Kingdom yang menghubungkan dan mempromosikan pemimpin muda, berkata Syed Saddiq merupakan salah seorang daripada 15 ahli politik muda seluruh dunia yang tercalon untuk anugerah itu.

 


Laman webnya menyebut peranan Syed Saddiq, 27 tahun, sebagai menteri serta Projek Reben Kuning inisiatifnya yang bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada pelajar sekolah pemulihan akhlak dan bekas banduan.

 

Menurut organisasi itu, anugerah tersebut mengiktiraf lima ahli politik berusia 18-35 tahun paling menonjol yang memberi impak positif kepada golongan muda dalam komuniti dan negara masing-masing.

 


“Senarai pendek sedang dinilai oleh panel hakim pakar One Young World, yang akan memutuskan lima pemenang.

 

Pemenang akan diumumkan pada pertengahan Julai dan akan diberikan ketika Sidang Kemuncak One Young World 2021 di Munich, Jerman,” katanya.

 

Menjadi orang paling muda yang pernah menganggotai Kabinet Malaysia, Syed Saddiq antara lain memainkan peranan penting dalam penurunan umur layak mengundi kepada 18 tahun dan Sekolah Kepemimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS).

 


Berkenaan Projek Reben Kuning pula, setakat Februari lalu lebih 24,000 orang telah mendapat manfaat antaranya menerusi latihan kemahiran dan keusahawanan.

 

Selain Syed Saddiq, antara yang turut tersenarai sebagai calon adalah Timbalan Menteri Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Namibia, Emma Theofelus (24 tahun), Datuk Bandar di Afganistan, Zarifa Ghafari (28 tahun) dan Menteri Hal Ehwal Belia UAE Shamma Al-Mazrui (27 tahun).

 


Sementara itu, Syed Saddiq meluahkan rasa gembira atas pencalonan tersebut serta menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika menjadi menteri.

 

“Sudah tentu saya gembira dengan berita ini. Bagi saya, ini bukanlah sebuah pencapaian untuk individu semata-mata.


 

Saya tahu bahawa untuk membawa perubahan yang baik kepada negara, kerja keras bersama adalah paling utama.

 

Jadi, saya ingin ucapkan terima kasih kepada keluarga KBS,” katanya menerusi akaun media sosial.

Mengulas lanjut, beliau turut menasihati anak muda supaya terus bekerja keras dan memberi inspirasi pada negara.

 

Di bawah adalah gambar pemimpin yang tersenarai.

Amelia Womack, 35, United Kingdom

Cathy Wong, 35, Canada

Ebba Hermansson, 24, Sweden

Emma Theofelus, 24, Namibia

Erik Marquardt, 33, Germany

Joanah Mamombe, 27, Zimbabwe

Michael Tubbs, 30, United States

Ofelia Fernández, 20, Argentina

Sarah Elago, 30, Philippines

Shamma AlMazrui, 27, United Arab Emirates

Syed Saddiq, 27, Malaysia

Tabata Amaral, 26, Brazil

Tomoya Hosoda, 28, Japan

Yacine Oualid, 26, Algeria

Zarifa Ghafari, 28, Afghanistan

 

Sumber: One Young World


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media