Tok Mat minta Muhyiddin segera bubarkan Parlimen

admin

 1,458,486 

 

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan berikutan ketidaktentuan politik semasa.

 

Katanya, situasi ketidakstabilan politik yang dihadapi sekarang tidak pernah dihadapi sejak negara merdeka.

 


“Situasi ini menyukarkan kerajaan untuk meluluskan pelbagai rang undang-undang yang kritikal termasuklah membentangkan belanjawan bagi memulihkan negara daripada kemelesetan ekonomi.

 

“Segala usaha untuk memulihkan ekonomi negara, mencipta pekerjaan dan melonjakkan persaingan tidak akan berlaku tanpa kerajaan yang stabil dan Parlimen yang boleh berperanan melakukan semak dan imbang.

 


“Justeru, pembubaran Parlimen ini perlu dilakukan tanpa berlengah. Negara tidak boleh terus menerus diheret dengan debaran ketidaktentuan serta kemungkinan pertukaran kerajaan selang beberapa bulan.

 

Ini bukan sesuatu yang sihat untuk negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 


Dalam mengemukakan cadangannya itu, Mohamad meminta Muhyiddin mencontohi langkah diambil Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang membubarkan Parlimen republik itu bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 10 Julai 2020. Keputusan itu dibuat bagi memastikan Kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini.

 

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kemajuan, kemakmuran dan kebolehsaingan negara sangat bergantung kepada kestabilan politik yang akan memberi kesan dan pengaruh kepada banyak perkara termasuklah kemasukan pelabur, aktiviti ekonomi dan ketenteraman sosial.

 


“Hanya kerajaan yang mempunyai mandat dan majoriti yang selesa di Parlimen dapat berfungsi dengan baik dan menumpukan segala fokus kepada memulihkan negara dari segala cabaran besar yang bersifat ‘unprecedented’ yang sedang kita hadapi.

 

“Negara ini adalah sebuah demokrasi berparlimen di mana kuasa sebenar ialah pada rakyat dan bukan pada sesiapa yang lain, apatah lagi blok-blok yang dibentuk sesedap rasa mengikut keselesaan dan kemahuan ahli politik.


 

“Oleh itu kembalikanlah kuasa kepada rakyat dan biarlah mereka yang menentukan jalan ke hadapan untuk negara kita,” katanya.

 

Jika Muafakat Nasional menang PRU-15, siapakah PM pilihan anda?

View Results

Loading ... Loading ...

 


52 thoughts on “Tok Mat minta Muhyiddin segera bubarkan Parlimen

  1. Setuju. Dah bosan dengar alasan PH kembalikan mandat rakyat….padahal rakyat dah tak sokong diorg 🤣🤣

    1. kerajaan PN ne x stabil..nk buat rang undang2 …kena msk parliment..dan bila bentang ada yg bantah dan sukar dapatkan 2/3 dr suara majoriti…ni yg tokmat nmpk… bknnya jawatan semasa…dan bila ada PRU …SEKURANG2 kerajaan yg ada lbh stabil… bkn mcm sekarang..mmg kerja bagus tp bila masuk parliment. ia akan jadi sukar utk luluskan apa2 undang2 baru..tu mksud dia..malaysia kini belum stabil politiknya

  2. Buat masa ini rakyat dalam keadaan yang sukar biarlah jangan bebar sehingga habiskan panggal parlimen 2023 stabil kan ekonomi terlebih dahulu

  3. Ni betol ke kenyataan tok Mat atau dipailang oleh tentera RBA😂😂😂😂😂😂

  4. xsetuju..sabar2 la dlu..ahli politik mcm apa la prngai..xsabar2..xtahu ke skrg ni seluruh dunia dlm situasi apa?

  5. Amboii … confident npk…bg je tsmy memerintah dlu ..sama2 bantu dia..nti kan hbs penggal blh la kalau nk ambik alih pun…biar jerr lah ph nk menyalak bagai pun…dia bkn blh buat apa2..lgpun skrg kita hadapi masa sukar utk perekonomian di kala covid19 melanda ni…selesaikan yg ni dlu..pastu baru fikir pasal kuasa

  6. pru15 belum tentu menghasilkan keputusan terbaik untuk tubuh kerajaan….tiada seorang calon pun yg menang nanti dapat sokongan bentuk kerajaan…. Ekonomi collapse dan huruhara ….
    Kehadiran planet nibiru menambah sangsara

  7. It’s OK … The best decision and correct reputation for PN..
    Rakyat was so bored with PHs Tai Ching..u.turning…and flip flopping…
    Taking months just to appoint favourite PM..so called Mandat Rakyat…
    Very embarrassing

  8. Walaupun aku sayang tok mat, tapi aku tak setuju PRU lagi sekali. 1st kos tinggi. 2nd covid19 still ade. 3rd ekonomi tgh down. 4th planning gov skrg akan terjejas. 5th rakyat dah selesa dengan gov skrg. Tunggulah 2 tahun lagi utk PRU. 22 bulan kite dah dijamu dengan gov PH, now PN pulak kite bagi ruang. Personally, aku tak de rase debar ke hape ke. Tak tahu laa korang. Ade ke debor siapa nak jadi PM atau terus jadi PM tepi? 😂

    1. Xde debaran wlu sekelumit pon…..selesa dgn pntdbirn kerajaan skrg, mcm langit dgn bumi beza dgn yg 22 bln tu asik buat kerja bodoh dan jahat…..rkyat langsung xdiumpama…..rkyt stress dibuatnya…..

  9. Apakah sebab musabab nya org2 politik ni sibuk nak bubar parlimen.mereka ni x tau ke kalau pilihanraya berapa kos nya.tu semua duit rakyat tau lebih afdal duit tu di gunakan utk tolong rakyat yg susah dan lebih memerlukan dpd buat pilihanraya utk kepuasan hati org2 politik.keadaan sekarang dah tenang dah.yg x tenang nya adalah org politik ni.

  10. Negara berdebar?? Rakyat ok ja.. Ni semua puak2 politik ja yg lebih2.. Mmg dasar anak haram xsabar nak makan duit haram la 2

  11. biaq la PN sampai PRU15…yg dok kalut sgt pasaipa ..rakyat selesa bg negara stabil dulu clear isu ic palsu dulu…baru la adakan PRU..

  12. Bubar parlimen undi semula baru la asyuk duit subsidi utk ahli2 dia.dah slalu pegang duit byk skali xdak duit baru mengelupuh.org kmpung bleh la tau subsidi baja ja.tang main2 duit ni depa tau apa..😂

  13. Bgi lh peluang pd pehk kerajaan tngkn srmua hl dulu..dgn isu cov.. Isu pndtg.. Knapa rasa msia ni tkde masaalh skrg ni.. Letihhh la ad org sikp mcmni…

  14. Tsmy…tlg jgn ltk jwtn tu.rkyt mmerlukn krjaan yg brjwa rkyt mcm tsmy.ape pmbgkg ckp msk knan kluar kiri je xpyh dgr lg bgs.trskn jdi mntri yg bertggungjwab..

  15. X perlu bubar kerajaan yg ada sekarang..kami percaya TSMY dan anggotanya bole menerajui negara dgn baik..jgn nk gila jawatan sgt..

  16. Hang tak dapat jawatan dlm kerajaan macam macam la tok mat oi dok diam diam sudah la nak bubar apa semua nak pakai duit

  17. tak setuju. kerajaan sekarang adalah hasil mandat yang dibina sendiri oleh yang dipertuan agung sendiri. tiada ketidaktentuan nya skrg ni sbb yg pasti pn akan terus berkuasa dan ph skrg dlm pepecahan dan tidak akan menang sekiranya pilihanraya berlaku. daripada membuang wang pilihanraya, teruskan sajalah pemerintahan pn dibawah TSMY

  18. Kukuhkan perpaduan orang melayu,bersatu jangan berpecah belah.Orang melayu tak perlu banyak parti..,.banyak pati maksudnya banyak kepalo..ramai nak jadi ketua.Tapi sifat amanah tak ado

  19. Bubarkan je semua parti politik Melayu supaya bersatu dlm satu SAF Kepimpinan Melayu Jujur & Amanah bg memudahkan pengundi Melayu buat pilihan di PRU15 nnt..

  20. Untuk hadapi Pilihanraya, Bersatu Muhyiddin dan Jemin Jubo masih tak berjaya dalam rundingan kerusi. Umno PAS boleh saja bertanding tanpa mengharap sapa2. Tp Bersatu Muhyiddin dan Jemin Jubo terdesak mencari Partner. Ini kerana, mereka tak ada kekuatan sendiri

    Bersatu Muhyiddin dan Jemin Jubo akan kembali ke PH setelah mereka berjaya melemahkan semula Umno. Paling penting, PAS alih sokongan kpd mereka. Ini paling penting
    Korang yang bawah2 ni tak payah bergaduh sangat la. Yang atas semua dok kaut duit

    1. Tok mat pon tamak kuasa.tak sabar nk bubar parlimen.22 bulan ph buat hal lepas tu covic buat hal tak boleh ke sabar sikit.mcm mana nk memerintah kalau ada sekatan.menteri keluar ada urusan pon kene report.bodoh punya olang.belajar tinggi otak bodoh.

  21. Kalau ada katak melompat lagi,,,TSMY segeralah bubar parlimen, DYMM Agong mesti setuju Demi kesejahteraan rakyat

  22. Ntah la..masa rakyat berharap dia jadi pm buat bodo je..xlayak la..apa la..mcm2 alasan..dok ontok2 kek rantau tu tok mat..bia yo pm yg ado ni memerintah..pandai2 dio lah nk merintah caro mano..

  23. Kalau macam ni sama je menter ph berebut nak jadi pm menteri pn sibuk nak suruh bubar parlimen sama je kalau macam tu masing2 nak rebut kuasa biar la pm muyihdin pegang dulu

  24. Tak setuju bukan masa nya…Lepas Covid 19 buat lah pilihanraya Umum tengok siapa duit banyak…Parti itu akan menang…skrg lain dulu lain…rakyat SDH tidak percaya lagi pada pemimpin pemimpin yg gila kuasa dan gila jawatan….Tak kira Parti mana pun…..

  25. Sebelum setongkol dgn PN heboh mintak bubar parlimen tapi lps tu sonyap sekojap lopeh dapek kuasa tiba2 tanpa pilihanraya..kini mungkin sobab apo yg didapek tak seperti apo yg dihajat maka mulolah meroyan laiee mintak bubar parlimen laiee..mang hawau..!

  26. Nak ngadap Parlimen pun dio soram sojuk… ini kan pulak nak suruh bubar Parlimen…? 🤣🤣🤣🤣🤣