Rakyat Indonesia impikan PM hebat seperti Muhyiddin

admin

 276,658 

 

Seperti yang diketahui umum, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat pengiktirafan sebagai Perdana Menteri terbaik yang berjaya memimpin negara sehingga Malaysia disenarai antara negara yang paling selamat di dunia dari wabak Covid-19.

 

Malaysia dicemburui oleh pelbagai negara yang menzahirkan untungnya Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang hebat yang mampu mengambil langkah yang sangat efektif dalam membebaskan negara dari wabak Covid-19.

 


Malaysia mendapat pujian dari pelbagai negara seperti Jepun, United Kingdom, Indonesia dan Amerika Syarikat yang sangat terpegun dengan kejayaan negara kita yang mampu menukar dari ‘3 negara paling teruk dilanda wabak Covid-19 di Asia Tenggara‘ kepada ‘antara negara yang paling selamat di dunia dari Covid-19‘.

 

Pujian tersebut juga diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberikan kerjasama yang utuh pada kerajaan agar kejayaan melawan wabak Covid-19 menjadi realiti.

 


Seorang rakyat Indonesia melalui channel Youtube beliau ‘About Sastra‘ menghasilkan sebuah video bertajuk Indonesian Reacts to 100 Hari Tok ABAH Perdana Menteri Malaysia.

 

Sastra begitu terpegun dengan sikap Muhyiddin yang walaupun pada awalnya dibenci rakyat Malaysia yang menggelar beliau sebagai pengkhianat, tetapi tetap bersabar dan bersungguh-sungguh melaksanakan amanah yang diberikan.

 


Kesungguhan dan keikhlasan beliau dalam jalankan tugas sebagai PM akhirnya berjaya menambat hati rakyat yang menyayangi beliau sehingga merujuk beliau dengan gelaran ‘Abah’.

 

Saya bukanlah pemimpin yang dipilih oleh anda, tetapi saya akan pastikan seluruh kabinet melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia” petikan ucapan Muhyiddin ketika mula memegang tampuk kepimpinan sebagai PM.

 

Sastra juga terharu dengan personaliti Muhyiddin yang dilihat begitu bersahaja dan peramah sewaktu memberikan ucapan seperti seorang bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

 


Keupayaan Muhyiddin dalam membaca doa agar Malaysia bebas Covid-19 dan mampu mengetuai laungan takbir semasa sambutan Hari Raya juga menurut Sastra merupakan satu kelebihan yang jarang dimiliki oleh kebanyakan pemimpin pada hari ini termasuk pemimpin di Indonesia juga.

 

Di akhir video, Sastra berharap rakyat Malaysia menghargai dan menyayangi pemimpin yang hebat ini kerana menurutnya, Tan Sri Muhyiddin adalah satu dalam sejuta atau ‘One in a million’.


 

Saya sangat irihati dengan rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri yang serba boleh dan pemimpin yang seumpama seorang bapa yang mahukan terbaik untuk anak-anak. “, kata Sastra.

 

Sastra berharap suatu hari nanti akan lahir pemimpin yang hebat seperti Muhyiddin di tanah Indonesia untuk membawa negara tersebut ke persada dunia.

 

Terbaik Abah, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Ini merupakan video tersebut;

 


70 thoughts on “Rakyat Indonesia impikan PM hebat seperti Muhyiddin

  1. Terbaik tsmy, dah mendapat pengiktirafan masyarakat global. Nana Malaysia sudah terkenal di persada dunia. Terbaik rakyat Malaysia!!

    1. Semoga abah dkurniakan kesihatan yg baik selalu..dn dpermudahkan urusan kerja demi rakyat dn negara tercinta..Aamiin

  2. Waaaa…..mantap gila. Tahniah Abah. Sebenar ini kejayaan utk seluruh Malaysia #kitajagakita #kitamestimenang.

  3. Alhamdulillah terbaik gila tsmy. Org Indo pun puji. Nasib baik diorg tak claim Muhyiddin lahir Kat Indonesia 🤣🤣

  4. Terbaik bosku. Kita mesti menang. Btw kenapa byk sgt pengiktirafan dunia Kita dpt bawah kerajaan PN. Bawah kerajaan PH asyik kena kutuk je Malaysia. Terbaik PN. Kekal Muhyiddin sebagai PM. Tolak mahathir.

  5. Dia buat jasa hasil dari tinggallan kerajaan bn bawah najib Yang dilupakan.dia pun bodo percaya fitnah pH hutang negara tinggi dia tak buat jasa pun semua jasa tinggala najib Yang dia khianat dulu

  6. orang lua puji abah.. yg dari dalam jadi racun.. jenis anak2 tak dengar cakap.. elok di besit ngan getah paip..

  7. Inshaallah satu hari nti akan ada
    Terima kasih kerana memuji Pemimpin kami
    TSMY pemimpin
    Yg terbaik buat kami

  8. indonesia elok ambil duterte.. pm filipina.. menangis muhyidin bagi ucapan soh dok umah… rakyat sana boleh tahan degilnya.. 😂

  9. Abah memang terbaik, barisan kerajaan pimpinan abah terbaik…frontliner terbaik dan kerjasama rakyat Malaysia juga terbaik..

  10. Jokowi tak bagus ke??
    Dia bangunkan seluruh Indonesia bukan spt presiden2 terdahulu yg hanya bangunkan pulau jawa shj semata2 utk raih undi kerana majoriti rakyat di pulau jawa.
    Kesan hanya fokus kpd pulau jawa shj kepulauan yg lain menjadi kubu kuat pendakwah2 keristian yg beri mcm2 bantuan kpd mereka.

  11. Klau ada pm mcm TSMS pun klau rakyatnya keras kepala mcm batu tetap susah mau control nasib baik rakyat Malaysia kurang yg keras kpla klau tak pasti jumlah kematian juga meningkat

  12. Kalau pm kita p berkhidmat kt sana pun tp mentality org Indonesia tak berubah, tetap tak jalan bro. Pm kita berjaya sbb rakyat dengaq cakap. #kitajagakita

  13. Sbb pm malaysia bagus dia buat buat peraturan dia maha adil dia bgi rakyat batuan bukan rakrat je pendatang pn x pilih kasih dan smua nya adil indonesia x bgi batuan ada pn x sampai kt pendema derma nya yng patut di bgi memang x adil tu lh degil dan keras kepala suruh ikut peratuan batuan x ada apa nk kn di makan btul x pm kami bagus dan adil dan menghomati rakyat nya,,kami pn syang dan suka pm kami Allahamdulillah,,Allah bgi kami pm yng berhati mulia bukan batuan duit je bekal makanan pn ada kesemua yng patut tu dapat yng terbaik untuk pm malaysia,,smoga di panjang umur pm kami dan di mudah kn pengurusan nya dan di limpah ruah kn rezeki nya berganda² lgi Amiiin,,, Amiiin,, Allahuma Amiiin,,,

  14. Haha bukan nk ckp ape laa.. btl laa.. muhyidin boekk.. tpi klau rakyat die xmo dengar cakap.. mnyusah kn.. smpai nk kne pakse².. sumbat dlm penjara rmai².. xjd jugak.. klau korang pandai jage diri sndri pon aku rse bolwh cegah mnde nie.. klau pm kau hebat pon tpi kau semacam babel xjd jugak.. yg penting beri keje sme.. jgn harap kn org jea ubah nasib korang.. ubah sme².. bru mantap.. pape pon semoge sentiase dilindungi dri prkara yg tidak diingini

  15. Saya berasal Sari Indonesia Dan sudah menikah dengan orang Tempatan Malaysia juga sangat kagum Cara PM Malaysia menanggulangi Covid-19 yg sangat bagus, sigap dan teiliti .

  16. tu lah ciri2 seorang perminpin yang terbaik seperti tan sri mahyudin yasin….banyak bantu rayaat dalam kesusahan…mrngadali covid cara terbaik …kerajaan dulu tak boleh pakai …

  17. Memang terbaiklah perdana menteri Muhyiddin Shukur alhamdulillah semoga diberi umur panjang dan sehat selalu ami amin amin iyarabbal Alamin.

  18. susah lah nak dapat kalau nak cari yang perfeck, rakyat kira jji bolih bersama2 rakyat n mendengar luahan rakyat

  19. Ramai lgi, youtuber-2 indo mcm dia. Sbbtu mula mula jgn leka jgn mengata malaysia korang brdekah bangga malaysia tangga satu asia tenggara kne covid. And now??!! Spe yg trbukti?? Rasa aa . indo jgn poyo!!

  20. Pm ni pantang dengar masalah rkyat..dh mcm seoarang ayah yg ambik berat hal anak2 nya..mmng sngt2 prihatin trrbaik TSMY

  21. Yaa,,saya org Indonesia bangga dan teringin pemimpin kmi mcm Abah,,,semoga abah diberi umur yg panjang Aminnn,,