Pembunuh Adib diburu PDRM atas arahan Muhyiddin!

admin

 3,862,929 

Takiyuddin bersama Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika Lawatan Kerja di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di Tunjong hari ini.

 

KOTA BHARU – Kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim masih diteruskan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan arahan telah diterima dari Perdana Menteri agar siasatan dipercepatkan bagi mengesan pelaku yang terlibat dalam insiden pada November dua tahun lalu.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak polis meneruskan siasatan untuk mengenal pasti dua atau lebih individu yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

 


“Kita masih menunggu hasil siasatan selepas Mahkamah Koroner memutuskan kematian Allahyarham disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

 

“Oleh sebab itu, pihak polis perlu menjalankan siasatan dan perkara ini sudah dibentangkan dalam Kabinet serta seterusnya Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas Lawatan Kerja di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di Tunjong di sini hari ini.

 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan

 

Beliau berkata, dari segi tempoh untuk mendapat hasil siasatan tetap ada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi tetapi bagi kes jenayah tidak ada tempoh masa yang khusus.

 

“Bagi kes jenayah siasatan akan terus berjalan sehingga berhasil menangkap pembunuh untuk dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

 


Beliau juga menambah siasatan telah dilakukan secara besar-besaran dan telah berjaya menemui lebih ramai saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

 

Pihak PDRM sedang berusaha keras mencari segala info bagi menangkap pembunuh kes Adib.


 

Hasil kreativiti netizen ‘Selamat Hari Bapa’ kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin

 


“Kami juga telah menerima arahan dari Tan Sri Muhyiddin agar siasatan ini diberikan fokus utama supaya keadilan kepada arwah Adib dapat ditegakkan secepat mungkin”, tambah beliau.

 

Semoga pembunuh Allahyarham Muhammad Adib dapat ditangkap dan hukuman yang sewajarnya perlu diberikan supaya keadilan kepada Adib dan keluarga dapat ditegakkan.

 


60 thoughts on “Pembunuh Adib diburu PDRM atas arahan Muhyiddin!

  1. Alhamdulillah Berita yang baik. Inilah rakyat Malaysia mahukan. Pembunuh tu masih bebas bergembira dan bersenang-lenang di bawah kerajaan PH

  2. burulah sehingga tertangkap semuanya n terbongkar dari pucuk hingga keakar yg sedalam2 nye…..kita tunggu n lihat…ALLAH akan perlihatkan mereka yg bersalah seekor perseekor…ok…rakyat Malaysia kita kena bersabar…

  3. Alhamdulillah.. Klu blh selepas ni byk lagi menyusul kes2 yg telah di tong sampahkan oleh tommy thomas yg melibatkan bekas menteri2 PH juga di buka

  4. Siasat secara terperinci dan hukum semua yg menyebab inciden yg membawa kepada sebab bomba dan penyelamat boleh sampai ke tempat kejadian sebelum PDRM

  5. Dulu menteri dalam negeri ph lembab….x ambil tindakan….cuba semak siapa menteri dalam negeri zaman ph….takut x jalan jalan juga kes…😁

    1. Dulu lain sekarang lain dulu atok tak guna punya arahan bukan dia kalau kuasa tangan di masa tu sendiri mau ingat la macam sekarang ada pham bro tomato punya angkara suka2 tokcik dia ltte pun dia bebaskan orang lain merengkok bertahun2 dalam penjara sapa nak jawab tu anak bini sapa nak jaga simpan gambar je bukan ikut pegi berjihad pun

  6. …alhamdulillah, moga ramai yang mengambil iktibar dan menghargai erti merdeka dan perpaduan….keadilan unytuk semua…

  7. اَلْحَمْدُلِلّهِ (alhamdulillah)
    Semoga dipermudah segala urusan polis dan keadilan ditegakkan
    (Aamiin) آمِّينَ

  8. Alhamdulillah kematian nye msti dbela.cari pembunuh adib smpai kelubang cacing.heret kemahkamah.jgn biarkn lepas begitu saja.

  9. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan pihak berkuasa menangkap pembunuh arwah adib .. Allah humma amin 🤲🤲
    Alhamdulillah ..
    Terbaikkkk ABAH 🤲🌹

  10. Alhamdllhh,semoga diprmudahkn urusan PDRM bgi mngesan pihak yg bertanggngjwab dlm kes ini dan semoga kes ini berjln lncar,serta si pelaku diknekn tindakan yg sewajarnyaaa agar arwah Adib tenang di sana dan pemergiannya terbela…Aamiin,terbaik TSMY