Kesalahan Muhyiddin lebih besar dari Najib – Mahathir

admin

 5,484,554 

 

Dalam jangka waktu enam bulan, menurut Mahathir, beliau akan berundur setelah Sidang Kemuncak Asia Pasifik (APEC), yang dijadualkan pada bulan November.

 

“Walaupun APEC mungkin tidak diadakan, tapi lepas APEC, iaitu akhir tahun ini, saya akan letak jawatan.

 

“Tetapi saya yakin bahawa perkara-perkara yang perlu dilakukan, saya boleh tunjuk cara-cara untuk melakukannya,” katanya.

 


Sekali lagi, Mahathir menekankan bahawa penting untuk memastikan PH Plus mengalahkan PN terlebih dahulu, dengan mengatakan bahawa mereka mempunyai “banyak kerja” yang harus dilakukan.

 

Tambahnya, ini kerana PH Plus mempunyai tugas tambahan, iaitu membetulkan kesalahan yang dilakukan pemerintahan Muhyiddin.

 


Mahathir berkata bahawa ketika PH membentuk kerajaan setelah memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14, mereka telah mengubah amalan meletakkan ahli politik mengetuai entiti yang berkaitan dengan kerajaan, dan menggantinya dengan golongan profesional yang sesuai dengan peranan tersebut.

 

(Sekarang) bukan saja kesalahan Najib (Razak) dulu perlu diperbetulkan, tapi kesalahan Muhyiddin ini lebih besar.

 


“Kita telah tukar dari orang politik kepada (golongan) profesional (dalam mengetuai GLC), orang yang cekap dalam bidang perniagaan dan sebagainya.

 

‘Sekarang ini dia (Muhyiddin) tukar kepada orang politik balik. Sekali lagi akan berlakulah penyelewengan, curi duit dan sebagainya,” katanya.

 


Mahathir berkata, jika rancangan PH Plus berjaya untuk mengambil alih semula kerajaan, gabungan itu juga harus melihat campur tangan politik dalam urusan pemerintahan dan sistem kehakiman.

 

Mahathir berkata bahawa beberapa kes mahkamah telah menyaksikan mereka yang didakwa dengan pengubahan wang haram, rasuah dan curi wang dibebaskan dari tuduhan baru-baru ini.


 

“Ini kita kena kaji semula. Kerana kalau kita mendapati ada pengaruh politik dalam sesuatu urusan kerajaan, kita mesti mengurangkan pengaruhnya.

 

“Kerajaan mesti berjalan sesuai dengan tatatertib kerajaan, undang-undang dan peraturan,” katanya.

 

Berhubung sama ada beliau bersedia memainkan peranan sebagai pembangkang sekiranya tawaran PH Plus tidak berjaya, Mahathir berkata beliau tidak akan mempunyai pilihan kerana beliau tidak bersedia untuk bekerja dengan Muhyiddin.


 

Kalau kita tak dapat menang, apa nak buat? Tunggulah pilihan raya. Dalam pilihan raya, rakyat akan tentukan walaupun rakyat akan disogok seperti dulu.

 

“Sebab cash is king (wang adalah segala-galanya). Slogan itu sudah kembali, didokong orang yang (dulu) menentang.


 

“(Tapi) saya yakin rakyat umumnya tidak suka amalan cash is king. Seperti mana PRU ke-14, mereka tolah cash is king, saya yakin dalam PRU ke-15 pun (rakyat akan tolak).

 

“Walaupun banyak duit akan diberi kepada rakyat untuk sokong parti Muhyiddin, UMNO dan PAS, saya yakin rakyat tidak akan pilih mereka,” katanya.

 

Petikan ini diambil dari wawancara Mahathir bersama Mkini.

 


30 thoughts on “Kesalahan Muhyiddin lebih besar dari Najib – Mahathir

    1. Zaman ph la lge terlepas..menteri2 tipu certificate bgai.. cmna kta telus..ambik apa yg ada alasan x abis2 negara rugi.. mulut bnyk bising kj x jln pn plk bnyk mendegar luahan rakyat conrohnya pengeluaran epf..bpn..gkp..terakhir psl isu tnb.. klu ph la.. porong abis..polis tentera pn nk kurangkn semua kurang..tp gj menteri tggi..jual hartanah bagai

  1. Eh eh eh salah dengar ke apa ni..bukan ke kata dulu najip salah sebab PH kalah..dah TSMY pulak..asyik nak salahkan org yg ada dikeliling je tak penat ke

    1. Itu pandangan orang nyanyok
      dah hilang tujuan…

      Rakyat dah tahu
      TSMuhyiddin Yassin is the
      right man to captain
      the nation to a better future Malaysia.He has proven he can save
      Malaysia and its Rakyat from deadly destructive coronavirus and yet prevents the population from growing hungary within less than 100 days of he and his team of cabinet administration than the 22 months of PH under Tun Dr. Mahathir Mohamad
      destructive clueless infigthing-infested for the post of prime ministership
      and personal glory
      administrations

  2. Kesalahan org nampak…Kesalahan diri sendiri nk sembunyikan….sudah2 lah….tua dh cukup2 lh melempar fitnah kat org….memperbanyakkan buat ibadah…..saya sokong TSMY

  3. Cukup2lah tuuuk salahkan orang lain jer mengocaplah lah tuk biar ibblis tak mendekat kan degn diri sendiri sambil bertaobat liang lahad sudah ada dekat depan nya .

  4. Terbeakk…lah abah….jangan diikut perangai…si atuk tu…lingkup org melayu di buatnya….dia ingat dia lah yang terbaik jadi PM…piee dahhh….

  5. Tenang saja pm muhyiddin yasin menjalan kan kewajipan negara alhamdulillah kami tertap sokong pm kita sekarang muhyiddin yasin …

  6. Maaf kmi dah selesa dgn abah.. Semoga abah sekelurga di beri kesihatan yg baik.. begitu juga dgn agong sekelurga..

  7. Kesalahan muhyidin yg lebih besar dr najib itu ialah membantu rakyat pada saat genting. Dr bantuan prihatin rakyat hinggalh prihatin elektrik.
    Madey apa yg baik…habuk takde.

  8. Abah lebih baik pengurusannya…. sokong abah….💝💝💝… sapa leni ingat rm30 untuk makan sebulan…. zaman atok punya bagi….

  9. Ni ler mnusia lpa diri kain sdri koyak spai npk punai kain org dia juga..bis dia pya kslhn dr almarhum Tunku spai skg dia tknk ckp spai kna tahanan ISA
    #bsara dn btobat
    #tk sempat pe nk jwb dpt ALLAH
    #jgn kejr dnia,kejr akhrt
    #rkyt da muak,mympah dn mluat
    #jgn mnm holywater,mnm air Yassin
    #hidup tsmy hdp tsmy
    #takbir..ALLAHUAKHBAR

  10. Saya setuju 100% kesalahan paling besar TSMY ialah kerana dia mengambil berat akan kesusahan rakyat dengan memberi berbagai bantuan dan elaun kepada rakyat dan kakitangan awam,dan sentiasa mencari solusi meningkatkan tarap hidup orang miskin,dikala covid19 beliau dan krunya berungkus lumus menghalang wabak agar rakyat hidup lebih sihat dan sihat dll

  11. Wahai atuk, adakah dari mula hidup sampai nak mati pun asyik menyalahkan org. Dia, anak2 dan kroni tak pernah salah. Tak apalah abah kesalahan abah kerana membantu rakyat. Kami mendoakan agar abah sentiasa dalam rahmat Allah dan sejahtera. Ya Allah tolong dan bantulah abah kami mentadbir negara ini dan berilah ia kesihatan yg baik.

  12. atok tlebih yakin menang sbb dlu pr14 atok dh menang..saya rsa atok pn tak sangka akan menang. atok menang msa tu sbb rakyat marah kpd pemimpin2 sbelum tu. skrang rakyat dh tahu mna intan, mna kaca. klau pr ke 15 di adakan..agak2 atok bole menang ka..? atok pn tau xbole menang tp atok cuba yakinkn dri sdiri & rakan2 atok saja

  13. ‘Barang purba’ ni hanya utk dikenang dlm lipatan sejarah je.. nak campur dlm urusan sekarang dah tak diterima lagi..
    Terimalah hakikat tok…

  14. Have you ever considered about adding a little bit more than just your articles? I mean, what you say is valuable and everything. However think about if you added some great pictures or video clips to give your posts more, “pop”! Your content is excellent but with images and video clips, this website could certainly be one of the greatest in its field. Terrific blog!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media