Atuk hasrat nak jadi PM sehingga umur 100 tahun?

admin

 2,623,683 

 

Tun Dr. Mahathir Mohamad walaupun sudah berusia 94 tahun, tetap bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

 

Pakatan Harapan perlu membuat keputusan dengan segera untuk mencalonkan Perdana Menteri pilihan mereka.

 


Pada awalnya, mereka bersetuju supaya DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan telah diterima sebulat suara oleh PH.

 

Namun, Tun Mahathir  dan Parti Warisan bangkit bersuara menimbulkan cadangan Tun M menjadi Perdana Menteri dengan alasan ingin memperbetulkan kerosakan yang dilakukan Muhyiddin Yassin yang menurut beliau, lebih besar dari kerosakan yang dilakukan oleh Najib Razak.

 


Peliknya, apakah kerosakan yang dimaksudkan Tun M? Rasanya Tan Sri Muhyiddin telah melakukan kerja dengan baik.

 

Adakah kerana isu pembebasan beberapa individu dari tuduhan Mahkamah? Jika hal ini, sudah tentu DS Anwar Ibrahim boleh selesaikan. Kenapa perlu beliau?

 

Tun Mahathir juga bersuara jika dia yang dicalonkan PH Plus, pakatan ini akan mendapat lebih banyak sokongan.

 


Perkara ini disokong oleh Parti Warisan yang turut menolak kombinasi DS Anwar Ibrahim PM dan Mukhriz Timbalan PM.

 

Terdapat 2 persoalan terhadap ALASAN yang diberikan Tun Mahathir ini.

 

Pertama, adakah beliau sahaja yang mampu membimbing negara ini ke arah kemajuan dan tiada kerosakan.

 


Umum mengetahui Tun M mengkritik semua individu yang memegang jawatan Perdana Menteri.

 

Adakah Tun M mempunyai penyakit personaliti narsisistik yang kritikal?

 

Kedua, cadangan yang diberikan agar beliau sekali lagi diangkat sebagai Perdana Menteri sebenarnya merupakan punca utama kepada kegoyahan perpaduan dalam Pakatan Harapan itu sendiri.


 

Kenapa beliau tidak mengeluarkan ‘statement’ dari awal lagi bahawa beliau memberikan sokongan yang padu kepada Anwar sebagai calon PM Pakatan Harapan dan tidak berhasrat untuk menjadi PM lagi.

 

‘Statement’ ini akan menyebabkan tiada suara muncul dari dalam Pakatan Harapan untuk mencadangkan beliau menjadi PM semula dan kesannya tiada alasan yang munasabah boleh digunakan untuk menolak pencalonan Anwar sebagai PM.

 

Alasan bahawa PH akan mendapat sokongan yang lebih tinggi jika beliau dicalonkan PM itu sebenarnya agak BODOH dan kebudak-budakan.

 

Tiada orang lain yang lebih utama menyumbang kepada kejatuhan PH selain beliau sendiri yang meletakkan jawatan tanpa berbincang dengan parti dalam Pakatan Harapan.

 

Memang betul jika beliau dicalonkan sebagai PM akan mendapat sokongan yang lebih tinggi tetapi perkara ini kerana provokasi yang dicipta beliau sendiri.

 

Provokasi cadangan supaya beliau dicalonkan sebagai PM seumpama menarik balik sokongan ahli parti dalam PH dari Anwar kepada beliau.

 

Jika beliau dari awal lagi mengatakan beliau tidak akan memegang jawatan PM lagi dan memberikan sokongan sepenuh hati kepada DS Anwar, maka perpaduan dalam PH akan padu dan kukuh.

 

PKR tidak mempunyai jalan lain. Jika tidak bersetuju, maka PH tidak akan berjaya menjadi kerajaan semula.

Namun, PKR telah belajar dari kesilapan dan tetap berkeras sebulat suara mengatakan mereka akan hanya setuju DS Anwar sebagai PM dan menolak Tun M.

DAP dan Amanah pula menyokong Anwar jadi PM. Tetapi jika Anwar tidak mendapat majoriti, maka sokongan akan diberikan kepada Tun M.

 

Hasilnya?

DAP dan AMANAH mahu PH memilih Tun M sebagai calon Perdana Menteri kerana DS Anwar Ibrahim gagal memperoleh sokongan majoriti.

 

Dalam kenyataan bersama AMANAH dan DAP petang ini, kedua-dua parti itu berkata Anwar hanya dijangka mampu mendapat sokongan maksimum 96 Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri.

 

Usaha Presiden PKR itu untuk menarik sokongan dari Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya selepas tempoh dipersetujui tamat.

 

 

 

Sangat hebat permainan yang dicipta oleh Tun M ini.

 

Beliau seolah-olah mempunyai agenda lain yang lebih utama dari agenda yang diuar-uarkan, iaitu kembalikan mandat rakyat.

 

 

Kembalikan mandat rakyat adalah senjata utama yang digunakan oleh PH walaupun pada hakikatnya majoriti rakyat yang mengundi PH pada PRU lepas telah hilang kepercayaan kepada PH dan berpaling arah kepada Perikatan Nasional.

 

 

Apakah agenda Tun M yang sebenarnya?.

 

Adakah semua perancangan ini kerana Tun M ingin memegang rekod dunia sebagai Perdana Menteri tertua sehingga 100 tahun dan dilantik 4 kali?

 

 

Artikel ini dikongsi oleh Zairil Hashim, graduan Sains Politik USM.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media