Parti baru Tun M Parti AAD, ‘Anak Anak Daddy’?
1,453,542
Bekas Perdana Menteri Ke-5, Tun Mahathir Mohamad, melalui laman website beliau mengatakan secara sinis bahawa beliau akan menubuhkan sebuah parti baharu PARTI AAD Parti Apa Aku Dapat, khas kepada orang Melayu yang belum mendapat jawatan, harta dan kekayaan.
PARTI AAD
1. Saya bercadang untuk tubuh sebuah parti politik.
2. Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik. Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sekarang parti sudah berpecah dua.
3. Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi parti politik Melayu.
4. Nama parti ini ialah Parti AAD atau “Parti Apa Aku Dapat”.
Tujuan: Memperkaya orang Melayu yang belum dapat.
Cara: Melantik sebagai pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuh khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum dapat dan yang ingin dapat banyak lagi.
Jemputan: Siapa yang belum dapat boleh buat permohonan
untuk jadi ahli, atau Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan dll.
Yuran: Tidak perlu.
RESPON Najib Razak
Artikel Tun M itu mendapat respon dari bekas Perdana Menteri ke-6, Dato Seri Najib Razak melalui Page Najib Razak yang membidas penyataan Tun M, bahawa AAD itu sebenarnya membawa maksud parti untuk Anak Anak Daddy.
Ini pula respon dari Netizen

Kini masa terbaik untuk gerombolan PtakadaH buat lawak pecah perut….