Anwar Persiap Diri Untuk Menjadi PM

admin

 3,477,702 

Gambar DSAI mengemas rumah persiapan untuk sambut Hari Raya

 

Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah nama yang tidak asing lagi bagi menggantikan jawatan Perdana Menteri selepas Tun Mahathir. Gelaran Bakal Perdana Menteri nampaknya dipegang oleh beliau dari dahulu sehingga sekarang.

 

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini giat mendapatkan pandangan dan laporan daripada pelbagai pihak sebagai persiapan untuk menjadi Perdana Menteri.

 


Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan beliau kini lebih kerap bertemu dan berbincang dengan Dr Mahathir mengenai tugas Perdana Menteri bagi memastikan wujud kesinambungan selepas proses peralihan nanti.

 

“Saya kini mengambil kesempatan mendengar laporan dan pandangan, menemui semua pihak dan mengadakan pertemuan rapi serta kerap dengan Tun Mahathir supaya ada kesinambungan.

 

“Ada orang salah faham ini (proses peralihan) akan wujud kerajaan baharu. Ini tidak betul. Ini berasaskan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang sekarang diterajui Tun Mahathir. Kita akan teruskan, cuma mungkin pendekatan dan cara sedikit berbeza tapi pada dasarnya sama.

 


“Perjanjian itu di antara Perdana Menteri atau pemimpin PH. Ia dibuat sejak Januari tahun lalu, ketika saya masih di penjara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan anjuran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini, hari ini.

 

Semasa ditanya kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Semenyih yang turut mendapat sambutan rakyat, beliau berkata, ia kerana rakyat ‘ingin tahu’ dan mahu melihat perbezaan Najib yang ‘dahulu’ dan ‘sekarang’.

 

“Kita akan bincang dan selepas diputuskan akan diumumkan mengikut proses biasa perlu diumumkan kepada pimpinan PH,” katanya.

 

Itu adalah sedikit sebanyak berita mengenai perkembangan politik sebelum Pakatan Harapan(PH) tumbang dan kini diganti dengan Perikatan Nasional.

 

Nampaknya peluang untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri semakin tipis. Hanya kemenangan di dalam Pilihan Raya akan datang adalah satu cara untuk mengangkat kembali beliau sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini menjadi Perdana Menteri ke-8.

 

Tetapi adakah Tun Mahathir akan merestui jika Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri selepas ini?

 

Itu yang menjadi persoalan kita semua kerana sejarah telah mengajar kita bagaimana Perdana Menteri sebelum ini selalunya tidak direstui oleh Tun Mahathir.

 

Adakah anda bersetuju jika DS Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM menggantikan Tan Sri Muhyiddin?

View Results

Loading ... Loading ...

 


One thought on “Anwar Persiap Diri Untuk Menjadi PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media