Anwar mengaku dihubungi Sultan Johor, dapat perkenan jadi PM

admin

 767,660 

 

 

Kuala Lumpur – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mendapat perkenan dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk merampas semula pentadbiran kerajaan negeri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan seterusnya jadi PM.

 

Menurut bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Anwar ketika perjumpaan mereka pada Rabu.

 


Dia bersungguh sungguh yakinkan bahawa Sultan Johor hubungi dia minta terus usaha ambil alih kerajaan“, katanya syarat Sultan Johor kerajaan baru itu wajib tanpa Mahathir.

 

“Dia juga menyebut beberapa raja – raja Melayu dan kerabat termasuk Tengku Hassanal, Pemangku Sultan Pahang yang katanya ketika dia menerangkan situasi semasa Tuanku terkejut dan sangat menyokong dia sebagai PM selepas difahamkan,” ujar Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard.

 

Chegubard melalui laman Facebook Khamis lalu berkata perjumpaan tersebut diadakan di kediaman Anwar di Bukit Gasing.

 


Sultan Ibrahim sebelum ini memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat negeri itu terus berlaku.

 

Baginda menzahirkan rasa kecewa itu ekoran kemelut politik yang masih berlaku di Johor.

 

Menurut Chegubard lagi Anwar turut mendakwa telah mendapat sokongan 112 ahli parlimen bagi membolehkan PH membentuk kerajaan tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Katanya kini dia sudah ada 112 tetapi tidak akan ‘move’ sehingga ada 120. Depan dia Anuar Mohd Nor salah seorang sahabat yang mengiringi saya nyatakan nombor 120 itu sangat sukar sebab Dr. Mahathir sendiri ada 5.

 

Anwar sebut Mahathir tua tak mampu kawal game. Malah katanya “Pak Wan”, Maszlee dan Sharuddin sudah menghubungi dia dan nyatakan tak sokong Mahathir tetapi sokong Anwar,” dedahnya lagi.

 

Chegubard berkata pendedahan tersebut di lakukan ekoran tindakan Anwar merakam dan mendedahkan perjumpaan tertutup yang diadakan itu.

 

“Pagi ini (Khamis) tersebar gambar dan video rakaman dari jauh dengan sengaja memanipulasinya dengan tagline jahat oleh para golongan macai Anwar (macai = Mempercayai Apa saja Cakap Anwar Ibrahim) kononnya saya jumpa Anwar untuk insuran.

 

Ternyata Anwar ahli politik penipu dan pembelit tak ada nilai “gentleman” , saya sudah hantar pesanan whatsapp kepada Anwar tanya penjelasannya,” tegasnya lagi.

 


One thought on “Anwar mengaku dihubungi Sultan Johor, dapat perkenan jadi PM

  1. I think this is one of the most vital info for me. And i’m glad reading your article. But want to remark on few general things, The site style is great, the articles is really great : D. Good job, cheers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media