Guan Eng bakal disabit atas salahguna kuasa lindungi taikun Cina dari disiasat SPRM

admin

 257,860 

 

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan laporan FMT tentang perhubungan bekas Menteri Kewangan dan peguam negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan yang membawa kepada badan anti-rasuah itu diarah menarik balik pembekuan akaun bank seorang taikun hartanah.

 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Ahmad Khusairi Yahaya berkata SPRM akan menyiasat bagaimana butir-butir sulit penyiasatan ke atas seorang taikun yang sedang disiasat berhubung transaksi kira-kira RM4 juta dana berkait 1MDB didedahkan kepada seorang ahli politik.

 

“Dan ahli politik terbabit telah menggunakan pengaruh beliau untuk membolehkan peguam negara ketika itu mengeluarkan arahan agar SPRM melepaskan keempat-empat akaun milik taikun berkenaan,” katanya kepada FMT.

 

4 akaun bank milik taikun itu dibekukan bagi membantu siasatan SPRM ke atas ke pengubahan wang.

 


FMT hari ini melaporkan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng pada 2019 meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan ke atas 4 akaun bank milik taikun berkenaan.

 

Menurut laporan itu, Lim pada tahun lepas meminta peguam negara ketika itu, Tommy Thomas untuk menarik balik pembekuan akaun bank milik taikun itu.

 


Thomas menjawab permintaan Lim 2 minggu kemudian, memaklumkan tentang butiran kes dan mengarahkan SPRM menarik balik pembekuan itu.

 

Arahan dikeluarkan walaupun SPRM, selepas mendapati sebuah akaun yang dikatakan menerima dana itu hanya berbaki RM76,000 ketika dibekukan, tidak dibenarkan merampas wang daripada 3 akaun lain untuk mencukupkan kurangan sebanyak RM3.9 juta.

 

Khusairi mengesahkan SPRM melepaskan akaun-akaun milik taikun berkenaan atas arahan peguam negara ketika itu.

 

“SPRM akan melihat isu kebocoran butir-butir sulit penyiasatan didedahkan kepada ahli politik untuk kepentingan pihak yang disiasat,” katanya.

 

Apakah pendapat anda mengenai perbuatan Lim Guan Eng melindungi taikun Cina yang terlibat dengan salah laku dari disiasat SPRM?

View Results

Loading ... Loading ...


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media