Jamal Yunos cadang Najib dilantik semula pengerusi BN

admin

 7,893,855 

 

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos menyokong ahli Parlimen Pekan, Najib Razak diberikan jawatan sebagai Pengerusi BN, bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15.

 

Jamal berpendapat jawatan yang penting itu perlu diberikan kepada bekas perdana menteri itu kerana fungsi jawatan Najib kini sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN dilihat agak minimum.

 


“Langkah ini bertujuan membantu Umno dan BN menghadapi pilihan raya akan datang atau bagi mendapatkan keyakinan rakyat kembali.

 

 

“Ini pandangan saya, apa yang boleh menguatkan kembali BN ini, Najib mestilah dilantik sebagai Pengerusi BN.

 

“Walaupun secara tradisionalnya Presiden Umno ialah Pengerusi BN tetapi kali ini kita lihat, saya bukan kata Presiden (Umno) gagal, (langkah) ini untuk memperkasakan lagi Presiden Umno supaya Datuk Seri Najib boleh membantu Presiden Umno,” katanya lapor Sinar Harian.

 


Katanya, dengan menyandang jawatan sebagai Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden Umno dapat memberikan tumpuan yang lebih untuk parti, di samping memperkukuhkannya.

Bagaimanapun, bekas Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mempunyai pendapat yang berbeza dengan merasakan hal ehwal dalaman parti perlu diserahkan kepada mereka yang berjawatan, berdasarkan hierarki.

 

“Pada saya, biarlah mereka yang berjawatan menjalankan tanggungjawab, ada jawatan dalam Umno seperti Presiden, Timbalan dan Naib Presiden serta semua yang terbabit kerana inilah hierarki dalam Umno.

 

“Najib boleh bertanding apabila sampai masanya nanti.

 

“Apabila tiba pemilihan (parti) akan datang, setelah beliau selesai menjalani proses perbicaraannya di mahkamah, memang dia layak untuk bertanding (dalam pemilihan Umno) akan datang. Bukan sahaja layak tetapi dia berhak untuk bertanding,” katanya.

 

Tambah Raja Nong Chik, pucuk pimpinan parti perlu diberikan ruang untuk membuat keputusan berhubung hal dalaman parti sekiranya pilihan raya umum mengejut berlaku dalam tempoh terdekat.

 

Adakah anda bersetuju jika Najib dilantik sebagai Pengerusi BN?

View Results

Loading ... Loading ...

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media