Khalid Samad tidak sabar seret Muhyiddin ke Mahkamah

admin

 350,689 

 

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Pakatan Harapan (PH) bertekad mendakwa semua salah laku Perikatan Nasional (PN), kata Khalid Samad.

 

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, sehingga PH kembali berkuasa, semua pihak dipohon bertindak profesional sebelum tiba detik itu.

 

“Sila ingat semua, apa jua salah guna kuasa akan dibongkar termasuk Muhyiddin sekali pun dan didakwa oleh PH bila kembali berkuasa.

 


“Nasihat saya, walaupun PN cenderung pada kejahatan dan rasuah, semua pihak dipohon bertindak secara profesional dan beretika,” katanya di Twitter.

 

PH berhasrat merampas kembali Putrajaya selepas mendakwa memiliki majoriti ahli parlimen.


 

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Salahuddin Ayub berkata, PH mungkin dapat kembali ke Putrajaya sebelum sidang parlimen pada Julai.

 

Salahuddin berkata, hasrat itu dapat direalisasikan jika berpeluang menghadap Yang di-Pertuan Agong.


 

One thought on “Khalid Samad tidak sabar seret Muhyiddin ke Mahkamah

  1. I really like your blog.. very nice colors & theme. Did you make this website yourself or did you hire someone to do it for you? Plz answer back as I’m looking to construct my own blog and would like to know where u got this from. many thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media