Akaun FB sokong Najib dan kutuk PH adalah akaun palsu Perisian Israel, kata EXCO PKR

admin

 1,420,785 

Fazly Razally, EXCO PKR Selangor

 

Saya tertarik dengan pendedahan oleh akhbar ekonomi terulung Israel, Calcalist, yang membongkar tanpa ragu lagi penggunaan sistem risikan siber yang dikendalikan syarikat Senpai oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menghadapi Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum Ke-14 pada 9 Mei, 2018.

 

Pendedahan ini sedikit sebanyak menjawab berbagai persoalan dan keraguan yang timbul berkenaan operasi siber Najib sendiri, yang selama ini nampak hebat dan berjaya mempengaruhi rakyat dengan menampakkan bekas Perdana Menteri itu begitu “popular” di media sosial.

 

Tetapi adakah segalanya penuh kepalsuan?

 


Di sini timbul beberapa persoalan.

 

1) Jadi apakah ribuan reaksi atau komen-komen berbentuk sokongan atau pembelaan terhadap Najib dan kuncu-kuncunya, serta yang berbentuk tohmahan, cacian dan hinaan terhadap elemen pro-Pakatan Harapan, yang banyak didapati menggunakan akaun palsu di media sosial, ini menggunakan sistem yang dilanggan daripada syarikat Zionis Israel ini?

 

2) Menurut pendedahan di mahkamah Tel Aviv tersebut, langganan sistem RogueEye yang diuruskan Senpai itu telah disambung selepas kekalahan BN di PRU14 yang lalu.

 

Jadi apakah elemen-elemen yang meniup api perkauman dan keagamaan yang banyak didapati dimainkan oleh akaun-akaun media sosial yang diragui ketulenannya, adalah sebenarnya produk keluaran Israel yang digunakan untuk membakar sentimen-sentimen sebegitu di media sosial?

 


 

 

3) Apakah populariti Najib di media sosial juga dipacu oleh kepalsuan ini sehingga memperdaya rakyat? Berapa banyak komen di laman Facebook Najib sebenarnya diotomasikan oleh sistem Israel ini, jika ya?

 

Segalanya hanya boleh dan perlu dijawab oleh Najib pada kadar segera.

 

Sekian.

FAZLY RAZALLY
Parti Keadilan Rakyat
Petaling Jaya Utara

 


One thought on “Akaun FB sokong Najib dan kutuk PH adalah akaun palsu Perisian Israel, kata EXCO PKR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media