Saya maafkan semua yang FITNAH saya pasal 1MDB, kata Najib

admin

 21,492,785 

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan yang beliau secara peribadi memaafkan semua pihak yang termakan dengan hasutan mereka yang memfitnahnya.

 

Menurutnya, tidak ada manusia di dunia ini yang terlepas melakukan kesilapan termasuk dirinya sendiri.

 

Katanya, mereka yang termakan dengan hasutan itu sebenarnya bukanlah melakukan kesilapan yang terlalu besar namun kesilapan itu berlaku kesan daripada propaganda negatif yang bertubi-tubi terhadap Barisan Nasional (BN) dan kepada dirinya sendiri.

 

 

Tak mungkin semua yang termakan fitnah itu ada peluang untuk memeluk saya, untuk jumpa dengan saya

 

“Orang intelek pun termakan hasutan dengan propaganda Pakatan Harapan (PH), jadi saya maafkanlah semua yang termakan dengan hasutan, mudah-mudahan akan datang ada masa, ada peluang untuk kita tebus kesilapan.

 

Bukan untuk diri saya tetapi kita pilihlah yang terbaik untuk negara kita, janganlah pisang berbuah dua kali,” tambah Najib.

 


 

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif program Owh!MG terbitan MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.
Najib bagaimanapun berharap rakyat negara ini akan berfikir dahulu seandainya selepas ini ada mana-mana pihak yang menabur janji kerana setiap janji itu mestilah berada dalam ruang lingkup yang munasabah.

 

Ujarnya, janji ‘terlalu manis’ yang ditaburkan adalah janji auta yang tak boleh diterima sama sekali.
Menurutnya, Malaysia ada sebuah negara antara yang paling berjaya di dunia dan mempunyai masa depan yang cukup baik.

 

Justeru beliau meminta agar tidak diulangi kesilapan sebelum ini dan berdoa mudah-mudahan negara ini akan berada di landasan yang lebih kukuh.

 

MasyaAllah, mulia hati bosku. Menitis air mata baca ucapan bosku.

 

Siapa bersetuju jika DS Najib Razak diangkat semula sebagai PM ke-9?

View Results

Loading ... Loading ...

 


 

8 thoughts on “Saya maafkan semua yang FITNAH saya pasal 1MDB, kata Najib

  1. Terbaiklaa…pH memang kaki Fitnah. Dah Tak percaya dah Kat pH. Jangan harap boleh kencing rakyat utk Kali ke dua.

  2. Inilah the real definition of Pemimpin berjiwa rakyat. Terbaik bosku, kami rakyat marhaen sentiasa mencintai bosku dan akan sokong apa yg bosku lakukan

  3. DSN rupanya telah meninggalkan kekayaan negara sbnyk lebih 1 trillion ringgit sblm kejatuhan bn pd pru14.Tp PHitnah telah mengatakan negara takde duit.Tp bila PN naik tak sampai 2minggu,sbnyk 250billion dan mcm2 tambahan dana diberi kpd rakyat.Rupanya inilah duit hasil kerja keras DSN yg telah usahakan utk negara.Terbaeeekkk bossskuu PM-9

  4. Yg terlebih utama – minta maaf pada rakyat dan minta rakyat halalkan duit 1mdb yg telah disapu. Mampu ke???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media