Cukup KERUSI? Dedahkan sekarang buat SD, jangan shy-shy, kata Najib

admin

 2,538,126 

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mencabar mana-mana pihak yang mempunyai ‘cukup nombor’ untuk menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional supaya membuktikannya.

 

Sekurang-kurangnya buktikan dengan 112 Akuan Bersumpah.

 

Pihak-pihak berkenaan tidak perlu menunggu sehingga Parlimen bersidang untuk membuktikannya.
Dedahkan sahaja sekarang, kata bekas Perdana Menteri itu.

 


 

Jangan shy-shy (malu-malu),” katanya yang juga merujuk kenyataan beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini yang mendakwa mempunyai cukup sokongan untuk menjatuhkan kerajaan.

 

”Tahun 2008: “We have the numbers” kata Anwar
”Feb 2020: “We have the numbers” kata Lid.
Mei 2020: “We have the numbers” kata blogger Anwar,” ujar Najib.

 

Ulas Najib, jika Pakatan Harapan (PH) mempunyai ‘cukup nombor’ pun, angka tersebut adalah tipis kerana yang melompat parti seorang, dua sahaja.

 

Akibatnya, Kerajaan PH 2.0 itu nanti kurang stabil.

 

Akhirnya, kata beliau, Yang Dipertuan Agong boleh menggunakan kebijaksanaan dan kuasa baginda untuk membubarkan Parlimen bagi menyelesaikan ketidakstabilan politik negara. – MalaysiaGazette

 


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media