Pembangkang diminta jangan bertanding PRK DUN Chini

admin

 146,124 

 

KUALA LUMPUR – Pembangkang yang mahu mencabar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) diminta melupakan hasrat tersebut pada 4 Julai ini.

 

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, ini kerana mereka sukar merampas DUN itu dan suasana berkempen kelak menganggu usaha memutuskan rantaian Covid-19.

 

“Tindakan mereka memberi laluan kepada calon yang mewakili gabungan parti yang sedang menerajui kerajaan negeri Pahang dan kerajaan Malaysia, pasti akan dilihat oleh semua pihak sebagai tindakan politik matang dan sihat.
“Parti politik dan individu yang berminat untuk meletakkan calon di PRK tersebut perlu mempertimbangkan.

 

“Kempen-kempen semasa PRK seperti ceramah dan lawatan rumah ke rumah boleh meningkatkan risiko penyebaran wabak Covid-19,” ujarnya yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat itu dalam satu kenyataan semalam.

 

Lagi pun, kata Zuhdi, perbelanjaan bagi proses PRK oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), parti dan calon individu yang bertanding lebih baik disumbangkan untuk pemulihan ekonomi kesan wabak Covid-19.

 

Kekosongan kerusi DUN Chini adalah disebabkan kematian penyandangnya sebelum ini, bukan dikosongkan secara sengaja seperti yang pernah berlaku dalam PRK Port Dickson tahun 2018 yang lalu.

 

Sekiranya dikosongkan secara sengaja, mungkin ia boleh dijadikan sebagai alasan untuk meletakkan calon bagi menyaingi calon parti yang mengosongkan kerusi tersebut, sekali gus memberi pengajaran kepada parti yang tidak bertanggungjawab seperti itu,” katanya.

 

Sehubungan itu, Zuhdi berharap mana-mana parti dan individu yang berhasrat meletakkan calon bertanding pada PRK DUN Chini dapat mempertimbangkan saranannya sebagai menggambarkan solidariti bersama kerajaan dan rakyat yang sedang bergelut menghadapi Covid-19.

 

Pas juga difahamkan tidak meletakkan calon kali ini dan memberi laluan kepada BN atas dasar Muafakat Nasional.- MalaysiaGazette

 

Adakah PH boleh memecahkan rekod 'kalah berturut-turut dalam PRK' pada PRK Chini ini?

View Results

Loading ... Loading ...

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media