Bon Samurai: Malaysia Perlu Berhutang Untuk Bayar Hutang, kata Guan Eng

admin

 2,579,354 

 

Malaysia perlu mempertimbang kemungkinan untuk menerbitkan lagi bon Samurai sekiranya ditawarkan kadar faedah rendah, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

 

“Jika Japan Bank of International Cooperation (JBIC) sedia memberi kita kadar faedah rendah yang sama, sudah tentu kita sedia pertimbangkan secara serius,” katanya pada sidang media sempena majlis meraikan kejayaan terbitan bon Samurai.

 

Hasil kutipan daripada terbitan Bon Samurai itu akan digunakan untuk membiayai hutang negara yang tinggi di samping untuk perbelanjaan pembangunan, antara lain meliputi pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan infrastruktur.

 

Mizuho Bank, HSBC Malaysia dan Daiwa Securities dengan kerjasama Affin Hwang Investment Bank adalah pengatur utama bersama bagi terbitan itu.

 

Dalam pada itu, Guan Engt berkata kejayaan terbitan bon Samurai oleh Malaysia yang menarik lebihan langganan sebanyak 1.6 kali ganda iaitu 324.7 billion yen berbanding 200 bilion yen ditawarkan, mencerminkan keyakinan pihak luar terhadap kemampuan kewangan negara.

 

Katanya, keyakinan itu menunjukkan kerajaan baharu di bawah kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, berjaya dalam usaha mentransformasi kewangan negara.

 

“Kerajaan menghargai pihak Jepun yang memberi jaminan bon ini, sekali gus menunjukkan hasil hubungan rapat kedua-dua negara dan pengaruh besar Dr Mahathir,” katanya.

 

Dalam pada itu, Guan Eng berkata Malaysia sudah menerima hasil kutipan daripada terbitan Bon Samurai itu.“Kita sudah dapat duit itu, ia dalam akaun kita (akaun kerajaan Malaysia),” katanya ringkas.

 

Sementara itu, Miyagawa berkata Malaysia dilihat berada di landasan betul dalam usaha mengurangkan beban hutangnya.

 

Tambah beliau, kerajaan Jepun amat berbesar hati kerana dapat membantu Malaysia dan rakyatnya.

 

“Tahniah atas kejayaan terbitan bon ini dan kami harap ia dapat melonjakkan ekonomi Malaysia bagi meraih hasil yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

 

Adakah anda rasa konsep 'pinjam hutang untuk bayar hutang' adalah langkah yang bijak atau sebaliknya?

View Results

Loading ... Loading ...

 

Isu Bon Samurai: Guan Eng bakal diheret ke Mahkamah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media