Tun Razak Exchange antara pelan ekonomi terbaik, tapi dihancurkan PH

admin

 1,486,405 

 

Tun Razak Exchange adalah antara pelan ekonomi MEGA negara Malaysia yang mampu meloncatkan ekonomi negara ke persada antarabangsa setaraf dengan negara-negara maju.

 

Projek ini diiktiraf antara sasaran pelabur-pelabur terbesar dunia secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara secara drastik.

Jan 07, 2020: Property Deals: Integra Tower, TRX, Renaissance KL are the deals of the decade

 

Berikut adakah huraian dari DS Najib, individu yang bertanggungjawab dan bersusah-payah mencipta pelan Tun Razak Exchange sebagai pembangunan ‘long-term’ ekonomi negara.

 

“Tun Razak Exchange

Pelaburan di TRX sebelum PRU14:
1. Lend Lease (Australia)
2. HSBC (United Kingdom/HK)
3. CCCG (China)
4. Veolia (Itali)
5. Prudential Group (United Kingdom)
6. Exchange 106 (Indonesia. Kerajaan Malaysia milik 50%)
7. Affin Bank (Malaysia)
8. Tabung Haji (Malaysia)
9. WCT (Malaysia)
10. IJM Group (Malaysia)

 

Pelaburan di TRX selepas PRU14 sehingga kerajaan PH tumbang:
SIFAR

 

Walaupun Guan Eng banyak merasmikan bangunan-bangunan dan HQ korporat baru yang telah siap yang banyak mewujudkan peluang pekerjaan baru di sana, kerajaan PH gagal membawa masuk sebarang pelaburan baru ke projek TRX sepanjang masa mereka memerintah.

(Pelabur mana yang nak labur di sebuah negara yang kononnya sudah bankrap dengan hutang RM1 trilion, kan?)

 

Projek TRX ini diiktirafkan pakar sebagai antara projek paling signifikan sejak 10 tahun yang lalu kerana ia merupakan langkah penting untuk mewujudkan pusat kewangan pertama Malaysia.

Saya harap visi pusat kewangan (financial hub) antarabangsa di negara kita ini akan menjadi realiti pada masa hadapan.”

 

Amat mengecewakan satu projek ekonomi yang sangat hebat tetapi tidak berjaya kerana sikap PH yang selalu menyebarkan dakyahMalaysia akan bankrup‘ untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

 

Semasa PH menjadi kerajaan pula, Guan Eng, selaku menteri kewangan selalu memberikan penyataan bahawa kewangan negara berada di tahap yang sangat teruk dan berkata negara berhutang sebanyak 1 trillion.

 

Kebanyakan penyataan Guan Eng ini bersikap terlalu ekstrem dan tidak berdasarkan fakta yang tepat. Hal ini menyumbang kepada pandangan negatif pelabur asing terhadap prospek pelaburan di Malaysia.

 

Hasilnya, banyak pelabur asing membatalkan hasrat untuk melabur di negara ini.

 

Sudah pasti kecewa DS Najib apabila projek TRE yang dipelan semasa beliau menjadi PM yang pada awalnya telah berjaya menarik ramai pelabur asing dari negara maju, tetapi musnah hancur apabila PH mengambil alih kerajaan.

 

Perkembangan pembinaan Tun Razak Exchange setakat December 2019

 

Adakah anda setuju jika sekiranya BN memang PRU14 yang lepas, projek TRE sudah berjaya meloncatkan ekonomi setaraf dengan negara maju dan mencipta banyak peluang pekerjaan untuk rakyat?

View Results

Loading ... Loading ...

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media