Netizen terharu tengok keakraban Guan Eng ucap Hari Raya pada Mat Sabu, Tun M, Anwar

admin

 637,934 

 

Perpaduan merupakan satu perkara yang sangat penting bagi sesebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

 

Jika sebelum ini Dato Lee Chong Wei telah memberikan ucapan Hari Raya yang sangat bermakna dan mendapat pujian dari netizen sehingga mencalonkan LCW sebagai Duta Perpaduan. LCW mengimbau kembali zaman kanak-kanak bermain buluh meriam dan menghadiri rumah terbuka semasa Hari Raya.

 

Menurut LCW, Hari Raya merupakan hari yang sangat gembira baginya semasa kecil kerana dapat makan makanan yang sedap secara percuma seperti rendang, sate, kuih-muih di samping dapat bermain mercun meriam buluh bersama rakan-rakan Melayu di kampung.

 

Kali ini, video call ucapan Guan Eng pula menarik minat netizen.

 

Lim Guan Eng membuat videocall untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sahabat-sahabat yang bersama-sama dalam perjuangan dalam Pakatan Harapan.

 

Antara individu-individu yang di ‘call’ ialah Dato Seri Anwar Ibrahim, Tun Mahathir, Dato Seri Mat Sabu, YAB Dato Seri Shafie Apdal dan Dato Seri Saifuddin Nasution.

 

Dalam Video Call itu juga, Guan Eng mengimbau kembali kenangan semasa mereka bertugas sewaktu kerajaan Pakatan Harapan memerintah,

 

Guan Eng mengatakan bahawa beliau sering ingat nasihat dari Mat Sabu mengenai tanggungjawab mencegah kemungkaran ‘amal makruf nahi munkar‘. Tambahnya lagi, kali ini kita mencegah munkar Covid-19.

 

Dato Seri Anwar turut mengingatkan inilah semangat Aidilfitri yang sebenar iaitu berhubung semula dengan rakan-rakan untuk menguatkan tali silaturrahim.

 

Tun Mahathir turut mendoakan harapan yang baikĀ  kepada Malaysia selepas hari Raya ini agar bebas dari ancaman wabak Covid-19

‘Hopefully a brighter future for Malaysia after Raya’

 

 

Inilah adalah klip penuh videocall tersebut;

 

 

RESPON NETIZEN

“Persahabatan yang baik”

“Terharu tengok keakraban mereka”

 

 

Salute kepada Lim Guan Eng atas usaha yang mulia ini.

Video call ini akan memberikan mesej keharmonian perpaduan kepada rakyat Malaysia.

Tidak kira walaupun berbeza agama, bangsa dan budaya, eratkanlah tali silaturrahim antara kita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media