Tak dapat jadi PM, ADUN Rawang sedia undur untuk Anwar jadi MB Selangor

admin

 1,605,551 

 

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (Rawang) Chua Wei Kiat menafikan ura-ura bahawa PKR akan merancang Langkah Rawang selepas perayaan Aidilfitri untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.

 

Ketika dihubungi Sinchew Daily, Wei Kiat berkata, khabar angin mengenai pilihan raya kecil di Rawang adalah disebarkan oleh Perikatan Nasional untuk mengalihkan perhatian daripada isu undi tidak percaya di Parlimen.

 

Beliau berpendapat Pakatan Harapan (PH) berpeluang besar memperoleh kemenangan di Parlimen manakala Selangor merupakan kerajaan negeri PH yang paling kuat.

 

“Dengan kestabilan yang ada di Selangor, kami tidak perlu bertindak seperti ini (mengadakan pilihan raya kecil) yang hanya akan memberi peluang kepada musuh politik untuk melakukan serangan,” katanya kepada Sinchew Daily.

 

Walau bagaimanapun, Wei Kiat berkata, beliau sedia untuk berundur jika ia merupakan keputusan parti.

 

Jika Anwar memerlukan kerusi ini untuk menstabilkan parti dan negara, maka saya sedia memberi kerjasama. Masa depan parti adalah lebih penting,”katanya.

 

Seorang blogger pro-Perikatan Nasional sebelum ini mendakwa PKR berhasrat meletakkan Anwar dalam pilihan raya kecil di Selangor supaya beliau boleh menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai menteri besar.

 

Blogger itu juga mengimbas kembali bagaimana PKR pernah merancangkan Langkah Kajang untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – MalaysiaGazette

 

Adakah anda setuju jika Anwar jadi Menteri Besar Selangor?

View Results

Loading ... Loading ...

 

11 thoughts on “Tak dapat jadi PM, ADUN Rawang sedia undur untuk Anwar jadi MB Selangor

  1. Semoga tuanku sultan tidak lantik Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar.
    Sekadar nak puas kan hati dan ambil kesempatan kekayaan Negeri Selangor.

    1. Betul.. Sempena Aidil Fitri yg mulia ini, kupohon keampunan dr mu ya Allah, berikanlah petunjuk kpd Anwar Ibrahim agar beliau menjadi sebaik2 manusia di bumi mu ini ya Allah. Seandainya ketiadaan nya lebih memberi manafaat kepada Islam dan umat 2 Islam di bumi Malaysia ini maka jemputlah dia ya Allah. Amin ya rabbal alamin.

    2. ..x perlu utk mb sgor..DSAI yg selayaknya sebagai PM MALAYSIA…dpt membetulkan kecelaruan negara sekarang, fokus pd rakyat bawahan & boleh mengharumkn balik nama MALAYSIA…..di PERSADA DUNIA…sokongla beliau..INSHAALLAH

    3. Anwar ni mmg bangsat orgnya…individu yg pentingkan kedudukan dari menjaga rakyat…klu jadi prk…jgn harap pkr akan menang kerusi itu..

  2. Kalau betul lah berita ni, Cukup2 la DSAI, aku dh nampak halatuju politik kamu. Sekadar nk memuatkan nafsu nak berkuasa. Apa faedah pada rakyat?? NONE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media