Rakyat Malaysia percaya Najib mampu Pulihkan Ekonomi Negara

admin

 6,733,668 

 

MALAYSIA: Penularan pandemik CoV-19 telah menyebabkan ekonomi negara agak merundum. Ini membuatkan rakyat takut dengan keadaan negara.

 

Sebelum ini ada beberapa pihak menyatakan pendapat untuk meminta bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak kembali membantu ekonomi negara.

 

Kami juga sebelum ini ada kongsikan artikel berkaitan perkara tersebut yang mana anda boleh baca di bawah:

Malaysia perlu khidmat Najib pulih Ekonomi, Ini Respon Warganet

 

Dalam laporan terkini Malaysia Gazzette mengatakan bahawa rakyat Malaysia sudah mula untuk menerima dan memberi kepercayaan kepada keupayaan bekas Perdana Menteri tersebut.

 

Ini selepas rakyat berfikir, penampilan bekas Perdana Menteri pada hari ini cukup lain dengan penampilan sebelum ini. Sebelum ini Najib sering dimomokkan dengan fitnah yang dahsyat daripada pembangkang.

 

Disebabkan perkara itu, rakyat percaya bahawa Najib tidak baik kerana sering disajikan dengan perkara tersebut.

 


 

Namun kini, ceritanya berbeza apabila tiada sebarang tuduhan sehingga terbuktinya Najib bersalah, kata warganet.

 

Fadli Juanas yang merupakan Pengerusi Persatuan Generasi Anak Malaysia (GAM) berkata bahawa kebenaran sudah mula tampak sedikit demi sedikit dimana Najib Razak dikatakan sentiasa berada di pihak yang benar.

 



 

Maka tidak hairan apabila rakyat sudah mula menaruh harapan untuk Datuk Seri Najib Razak turun membantu ekonomi negara selepas pengalaman dan keupayaannya membantu negara terutama dalam bidang ekonomi sebelum ini.

 

“Sejak beliau mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada tahun 2009, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara telah meningkat daripada -1.5 peratus kepada 7.4 peratus.

 

“Pada masa sama, defisit negara telah menurun daripada 6.7 peratus kepada hanya 5.4 peratus,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysia Gazette, hari ini.
Jelas Fadli, pelaburan jangka panjang oleh syarikat milik kerajaan (GLC) juga semakin berkembang positif, berbanding sebelum Najib menerajui negara.

 

“Sebelum beliau mengambil alih pentadbiran Putrajaya, banyak pelaburan di industri utama negara dimonopoli oleh kroni yang sekian lama bersarang di lubuk emas hasil negara.

 

Fadli juga mempersoalkan kemampuan pimpinan hari ini dengan mengatakan sejauh mana tahap ketahanan dan keupayaan mereka dalam mengembangkan ekonomi negara.

 

Respon Warganet

Jika dilihat di media sosial ramai yang menyatakan sokongan mereka untuk Najib kembali membantu ekonomi negara

 

Rata-rata berpendapat untuk melantik Najib Razak sebagai penasihat dalam bidang Ekonomi bagi memulihkan semula ekonomi negara.

 

Mereka turut bersetuju untuk mengekalkan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini kerana mereka berpendapat TSMY sangat berkreadibiliti sebagai seorang Perdana Menteri.

 

Adakah anda bersetuju yang rakyat sudah mula menyedari Najib Razak tidak bersalah dalam kes 1MDB?

View Results

Loading ... Loading ...

 

13 thoughts on “Rakyat Malaysia percaya Najib mampu Pulihkan Ekonomi Negara

  1. Terbaik bosku. Harap sangat kerajaan PN ambil gunakan kepakaran dalam bidang ekonomi yang ada pada bosku untuk majukan negara.

    1. Rakyat skrg bukan macam dulu sewaktu mahadir perdana menteri,
      Mahadir boleh bodoh2kan rakyat,

      Dan saya juga setuju dan sokong penuh DSNR di lantik sebagai penasihat ekonomi negara…

  2. Kebenaran akhirnya menang. Terbaik bosku. Syukur PH dah tumbang. Inilah masanya untuk dato seri berbakti kepada negara semula dengan berikan kepakaran dato seri dlm ekonomi. Kami nak dato seri Najib jadi PM semula.

  3. PH memang berhati busuk. Menang pun sebab fitnah. Cuba nak tuduh bosku bersalah dalam 1mdb, tapi sampai sekarang tak berjaya. Kebenaran sentiasa menang akhirnya. Terbaik bosku

  4. Boeklaaa Najib. Rakyat sekarang dah pandai menilai. Dah tak makan dah dengan kencing PH. Hanya sesetengah je yang masih termakan dengan kencing PH dan agenda Dapig.

  5. Oi penulis yg ko tunjuk tu komen rba semua red babi ameno punya account ip address semua kat wangsa maju, kpd rata rata rakyat Malaysia, najib tu species paling hina yg melata di bumi Malaysia, senang senang ko petik rakyat Malaysia, kalau ko petik rakyat sulawesi ker porno rogol boleh juga nak dengar, berhenti lah buat kerja bodoh, macai penyamun oi

  6. Setuju DSN sbg Penasihat Ekonomi pd DSMY…sy yakin DS Najib teruk difitnah oleh PH sbg senjata politik pru 14

  7. Hi, I think your site might be having browser compatibility issues. When I look at your blog site in Opera, it looks fine but when opening in Internet Explorer, it has some overlapping. I just wanted to give you a quick heads up! Other then that, fantastic blog!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media