Malaysia perlu khidmat Najib pulih Ekonomi, Ini Respon Warganet

admin

 4,673,940 

 

MALAYSIA: Negara kita dilanda pandemik CoV-19 menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara sedikit lembab.

 

Menurut Azlan Abu Bakar, Aktivis Gerakan Tuntut Malaysia (Tuntut), negara memerlukan khidmat Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memulihkan ekonomi negara.

 

Dia berkata demikian memandangkan kepada pengalaman luas yang dimiliki oleh bekas Perdana Menteri tersebut.

 

Menurut Azlan Najib meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan dalam keadaan ekonomi selamat dan kukuh di saat dunia ketika itu berdepan kegawatan ekonomi.

 

Pandangannya itu berdasarkan sokongan oleh Bank Dunia yang turut memuji langkah kerajaan yang menyatakan ekonomi Malaysia berkembang dari kedudukan kukuh pada era Najib sebagai Menteri Kewangan.

 

Oleh itu, kerajaan kini perlu membuat langkah yang drastik dan tepat dalam setiap keputusan bagi memastikan negara dan rakyat terlepas daripada perangkap kemerosotan ekonomi.

 

Tambahnya lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin patut menggunakan mereka yang berpengalaman dan pakar dalam menghadapi situasi penyelesaian masalah ekonomi.

 

Ekonomi negara akan terjamin sekiranya kita dapat mengurus dengan baik. Jadi Najib Razak antara orang yang paling tepat untuk membantu negara ketika ini berdasarkan pengalaman dan latar belakangnya dalam membantu Ekonomi negara.

 



 

Respon Warganet

 

Sebahagian lagi ada yang bersetuju untuk melantik Najib Razak sebagai penasihat Ekonomi berdasarkan pengalamannya membantu ekonomi negara pada tahun 1997.

 

Adakah anda bersetuju jika Najib Razak dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negara?

View Results

Loading ... Loading ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media