About us

Ke Arah Politik Negara Bersih

Setiap rakyat perlu melibatkan diri dalam politik sama ada secara langsung atau tidak. Tidak ambil tahu pasal dunia politik akan menyebabkan sistem demokrasi sesebuah negara tidak berfungsi dengan sempurna.

 

Justeru, Malaysia Politik mengambil inisiatif untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai dunia politik. Kami mengupas isu diskusi, troll dan gossip berkaitan politik di negara ini.

Perdana Menteri Ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Sejak saya jadi PM, saya tak fikir langsung pasal politik. Rakyat dah muak dengar pasal politik. Rakyat nak dengar apa kerajaan buat untuk bantu rakyat dan selamatkan negara di saat ancaman Covid-19 ini. Dan inilah perkara yang kita lakukan"

Apa Kata ahli politik Malaysia?

Najib Razak

PM ke-6

“Golongan seperti B40 dan M40 perlu dibantu dengan pakej lanjutan. Bukan kerana mereka malas atau tidak produktif tetapi hakikat pandemik yang tidak mengizinkan mereka keluar mencari rezeki demi kelangsungan hidup keluarga.”

Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang

“Kita semakin hilang percaya dengan kapitalisme dan persekongkolan golongan kaya raya dengan ahli politik elit. Ekonomi pasaran berjaya mencatat pertumbuhan tetapi tiada keadilan. Apabila berlaku krisis, yang kaya masih terselamat dan yang miskin terus merempat.”

Mahathir Mohamad

PM ke-4

“Saya lihat orang Jepun bekerja, dan bekerja keras untuk membina semula negara mereka, dan jelas sekali, hasilnya Jepun dengan cepat muncul menjadi sebuah daripada ekonomi terbesar dunia. Dari sebuah negara yang tewas dan musnah, Jepun mampu membangun semula pada kadar yang pantas dan berkesan.”

 

Berita viral terkini

Kami sentiasa akan memaparkan isu viral politik terkini supaya rakyat Malaysia sentiasa cakna dengan perubahan arus dunia politik di negara ini.

Hak Melayu dan Islam

Keutamaan diberikan kepada isu-isu berkaitan hak keistimewaan Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan kedaulatan sistem raja berpelembagaan.

Haramkan DAP

Menyokong kepada pengharaman parti DAP atas sebab sering menaikkan isu perkauman dan mencabar hak keistimewaan Melayu secara tidak langsung menggugat kemakmuran negara.

Suara rakyat Marhaen

Menyuarakan isu-isu berkaitan kebajikan dan hak asasi rakyat terutamanya golongan miskin dan masyarakat luar bandar tanpa mengira kaum dan agama.

error

Share news in social media